Perkongsian Puteri Balqis di Insta Story menjadi perhatian apabila pelakon itu memohon maaf kerana terpaksa menolak permintaan untuk membuat reviu berikutan produk diberikan tidak bersesuaian dengannya.

Menurut Balqis, dia juga tidak boleh mencuba produk sewenangnya kerana bimbang akan memberi kesan kpeada kesihatannnya ditambah dia sedang mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur.


BACA: Kekok & Takut, Akhirnya Puteri Balqis Buka Akaun TikTok

“Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambol sekarang dosnya agak tinggi dan kuat. Pengurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum bersetuju.

“Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan,” katanya.


Menerusi perkongsian itu, Balqis turut memaklumkan senarai produk yang terpaksa ditolak antaranya produk memutihkan wajah, jamu, krim payudara dan punggung serta produk makanan kesihatan.

“Aqish rasa produk untuk memutihkan ini tidak sesuai sebab saya kurang pengetahuan tentang produk sebegini dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.

“Ada juga minta saya promosi jamu dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.

“Macam produk makanan pula, ada yang saya cuba pertimbangkan tetapi ada kesan negatif pada badan Aqish sampai muntah dan demam,” tulisnya.