fbpx

Kekok & Takut, Akhirnya Puteri Balqis Buka Akaun TikTok

Pelakon Puteri Balqis akhirnya membuka akaun TikTok untuk berkongsikan puisi yang ditulisnya serta aktiviti seni untuk tatapan peminat.

Menurut Puteri Balqis lagi, pada awalnya dia rasa takut untuk membuka akaun media sosial berkenaan namun dia sedar ramai kini menggunakan TikTok.

BACA: Netizen Puji Perwatakan Puteri Balqis ‘Soft Spoken’ & Merendah Diri

https://www.tiktok.com/@morosechildofficial/video/7156715211204988187

“Hello, saya Puteri Balqis. Ini adalah akaun TikTok pertama saya dan saya hanya menggunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi puisi.

“Saya agak kekok dan takut untuk menggunakan platform media sosial ini kerana ramai yang bermain TikTok,” katanya.

Menerusi entri itu, Balqis meluahkan rasa syukur peminat sentiasa memberikan sokongan serta mendoakan semua pengikutnya berada dalam keadaan baik.

“Namun, saya bersyukur kerana anda semua sentiasa menyokong saya dan saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan baik,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan sokongan serta mendoakan pelakon itu berjaya dalam bidang lakonan. Baru sahaja dibuka lima hari lalu, akaun TikTok Puteri Balqis sudah mempunyai lebih 9,000 pengikut.