Puteri Balqis Digugurkan Dari Drama Televisyen
Susulan pendedahan pelakon Puteri Balqis, isu itu telah pun menjadi kes polis dan bapanya telah pun ditahan semalam dan akan direman sehingga 12 September ini.
Terbaru, memetik laporan BOOM, ibu kepada pelakon itu mendedahkan nama Puteri Balqis telah pun digugurkan daripada penggambaran drama untuk siaran sebuah televisyen swasta.
BACA: Dibawa Jumpa Pakar Psikiatri, Puteri Balqis & Ibu Disahkan Hidap PTSD
Tawaran 14 episod drama itu ditarik balik susulan dakwaan kes cabul ke atasnya tambahan pula kes tersebut kini sedang menjadi bualan ramai.
“Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral. Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan,” katanya.
Meskipun bimbang pendapatan akan terjejas, bagaimanapun Ashikin berkata dia percaya dengan rezekit yang telah diatur oleh Allah.
“Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat,” katanya.
Isnin lalu, remaja berusia 15 tahun itu telah pun membuat laporan polis berhubung dakwaannya pernah dicabul bapanya selepas mendedahkan perkara itu dalam satu temu bual di saluran YouTube.
- SUMBER
- BooM
Hairan yg jadi mangsa dibuat mcm penjenayah, itu sebabnya banyak mangsa diam pasal takut jadi macam gini.
Kalu tak tahu perkara sebenar jgn komen. Kalu tahu perkara sebenar pun jgn komen. Dulu bila kes ebit lew mula2 kuar ramailah pakar2 yg keluarkan teori masing2. Sekarang dah mula diam.
Sbb x nk ganggu privasi dia laa nnt wartawan cari tnya mcm2 dkt set. Lg trauma la dia lg nk jwb soal siasat polis. Jd lg elok dia berehat je dulu.
The issue is as a mom, xkan la akak hrp PB je keja? Berlakon n jual buku..akak xkan la x usaha nk cari sumber pendptan lain yg besa2 pun xpe? Dh tau ex hubby mmg jantan x guna lps tgn nafkah PB xkan akak as a strong single mom dok sj? Lgpun PB bkn baby ke knk2 kecik nk kena mengasuh teman 24/7..
Nampak sgtla tv swasta tu geng xelok tu ? seriouslah! Bkn salah dia pun, bkn dipinta jd mangsa. So stupid! Moga mereka semua dibalas allah swt sekat rezeki org
mak die keje lah wei.. klau tak cane die nak tanggung putri balqis.. hadui.. dh mmg puteri balqis tu pelakon.. takkan taknak bagi aqish jadi pelakon dah mmg minat aqish jadi pelakon sejak kecik..
@Butt, aku pun minat jd pelakun sejak kecik tp takde pun producer panggil aku jd pelakun. Akhirnya aku jd food panda delivery rider krn nak tanggung klrga. Takat nie aku bersyukur dgn rezeki yg dikurniakan utk ku dan klrga ku.