fbpx

Puteri Balqis Berlakon Bukan Sebab Anugerah

Amat mengejutkan ramai apabila Anugerah Skrin 2014 telah mengiktiraf adik Puteri Balqis sebagai Pelakon Wanita Terbaik yang telah mengalahkan nama-nama besar seperti Nad Zainal, Normah Damanhuri, Nursyafiqa Mohd Haris, dan Melly Amalin.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Adik Puteri Balqis, 7 memberitahu bahawa dia tidak menyangkakan sama sekali akan memenangi anugerah tersebut dan berasa amat terkejut apabila namanya diumumkan.

“Aqish seronok lepas itu terkejut sebab sebelum ini pernah tercalon pada tahun lepas dan tahun ini kali ke-2 dicalonkan dan menang untuk kali pertama,” katanya.

BACA: Gaya Para Selebriti Sekitar Karpet Merah Anugerah Skrin 2014

Tambahnya lagi, mula-mula berlakon agak sukar tetapi lama kelamaan ianya menjadi satu perkara biasa baginya. Bakatnya telah diasah oleh pengarah terkenal Khabir Bhatia dan Erma Fatima yang juga merupakan selaku pengarah drama Balqis — memberikan kepercayaan buat Balqis untuk mencorakkan drama tersebut yang boleh dikatakan hampir 90% diri Balqis.

“Kalau mula-mula berlakon susah, lama-lama dah biasa. Mama Eirma selaluberikan tunjuk ajar dan berikan sepenuh kepercayaan kepada Aqish,” ujarnya.

Balqis yang kini sudah berumur 7 tahun mendapat pendidikan melalui home-school di mana akan ada guru yang datang mengajarnya di rumah. Dia juga memberitahu tujuannya berlakon bukanlah untuk mendapatkan anugerah semata-mata tetapi mahukan peminatnya menerima lakonannya.

“Aqish sekolah kat rumah sahaja dan pelajaran itu penting. Aqish berlakon bukan sebab anugerah, tetapi sebab peminat. Aqish mahukan mereka terima lakonan Aqish,” tambahnya. (rtky/m)