PU Syed Gesa Konsert Billie Eilish Dibatalkan
Pasti ramai tahu hari ini akan berlangsungnya konsert penyanyi terkenal dunia, Billie Elish di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Konsert tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang berharap konsert Happier Than Ever, The World Tour oleh Billie itu dibatalkan.
BACA: “Dah Sedia Ke Tanggung Dosa Penonton?” – PU Syed Tegur Aliff Syukri
Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed mengatakan konsert tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah kepada negara, agama dan bangsa.
“Penganjuran yang tiada manafaat pada agama bangsa dan negara. Cukup-cukuplah berhibur sehingga lupa Tuhan. Benda boleh larang, buat apa nak anjurkan? Semoga konsert ini gagal dianjurkan!!” tulisnya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila penyanyi itu telah pun tiba di ibu kota dan dilihat berada di pusat membeli-belah Sungei Wang semalam.
Amin. PU ni confirm masuk syurga, wajah pun bercahaya zuhud. Bijak menggunakan isu2 semasa supaya trending.
tak faham hidup dalam masyarakat majmuk.. benci orang camni,kenapalah org cmni wujud
sibukkkk je….
Ustaz bodo.. Ambik isu pun pilih2.. Lupa Malaysia ni bukan orang Islam je ada.. Baik g nasihat alif syukri tu.. Mende.. ustaz tunggang agama ni.. bodo amat… pakai kopiah konon
wow, tasangka lagi few hours nk concert masih ada yang berharap untuk dibatalkan.. hahahahahah.. teringat aku concert Adam lambert dulu.. bukan main geng lebai pungpang nak cancel pasal support lgbt bagai last last concert jalan jek macam biasa…. pandai pilih isu eh ustaz ustad nih.. harap nanti sebelum concert dewa, ada jugak la ustad ni muncul buat statement supaya dibatalkan.. kan tak menjamin masa depan negara.. gitew… tapi paling pedih mat, masa lamb of god live malaysia 2013…. artis dah sampai, souncheck siap, tiba-tiba permit show canceled oleh pihak berkuasa pada waktu tu..
Hai la Ustaz, kenapa pilih2 kalau nak berdakwah? Mind u Malaysia ni bukan semuanya Muslim. Ada ramai juga non Muslim. Janganla hipokrit sangat. Kupas la pasal gejala sosial, pasal rasuah, pasal socialite so called muslim yang berbikini bagai, pasal pendakwah yang warnakan rambut yang bermesra dengan perempuan lain sampai boleh menimbulkan fitnah. Punya la banyak isu timbul dari dulu konsert billie eilish jugak dia nak hentam. Taunya dakwah secara menghentam je. Takda sapa la nak ikut kau wahai ostad
Kalau konsert artis tempatan macam DCT berfaedah ke?