Semalam, industri hiburan tanah air mengejutkan ramai dengan berita pemergian penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor yang menghidap kanser ovari tahap empat.
Di media sosial, ramai yang mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraannya serta memuat naik foto Allahyarham.
BACA: Jenazah Adibah Noor Selamat Dikebumikan, Diiringi Ratusan Rakan & Penggiat Seni
Susulan itu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau PU Riz menegur supaya tidak berkongsikan foto Allahyarham yang tidak menutup aurat.
Menerusi perkongsian di IG itu juga, PU Riz turut memuat naik dalil untuk dijadikan sebagai rujukan agar kita tidak berkongsikan perkara mungkar.
Terdahulu, Allahyarham Adibah Noor disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam di Hospital Gleaneagles, akibat kanser ovari tahap empat.