Jenazah Adibah Noor Selamat Dikebumikan, Diiringi Ratusan Rakan & Penggiat Seni
Jenazah Allahyarham Adibah Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Memetik perkongsian wartawan Astro Awani, Firdaus Azil, jenazah dimandikan terlebih dahulu di Masjid Al-Ansar untuk dimandikan dan disempurnakan bagi tujuan solat jenazah.
BACA: “Kita Kehilangan Penghibur Yang Penuh Kasih Sayang, Kehilangan Tiada Pengganti”
Jenazah Allahyarhamah Adibah Noor dibawa ke Masjid Al-Ansar untuk dimandikan dan disempurnakan bagi tujuan solat jenazah dan pengebumian. @501Awani pic.twitter.com/u8Vq9euX6p
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Wakil keluarga #AdibahNoor memohon agar dimaafkan salah silap dan dihalalkan segala sepanjang Arwah hidup. #MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/lTmzzCLklf
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Lebih sebak, turut dikongsikan ratusan kenalan serta penggiat seni turut sama mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Betapa arwah seorang anak seni yang cukup dikagumi dan disayangi. Kelihatan ratusan ahli keluarga dan rakan seperjuangan serta media yang turut sama memberi penghormatan di perjalanan terakhir beliau. #MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/LTHCiw5xRK
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Terdahulu, Allahyarham Adibah Noor disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam, 18 Jun 2022 di Hospital Gleaneagles, akibat kanser ovari tahap empat.
Moral of story. Kita jgn suka mngata org jika xtau apa sebalik tindakan dia. Jgn kita cemuh dia nk jd actor instead of a teacher. Itu hak dia. Passion dia. Talent dia. Aku prnh nmpk ada bawang komen pasal hal itu dan byk lg yg dia buat bawang2 mengomen sesuka hati
Mati itu pasti. Bila saja kita xtahu. Jika kita yg mati takpe la. Kalo org yg kita umpat mati dan kita x sempat minta maaf… Lu pikir la sendiri kawan2 bawang sekelian.
Semoga Allah tempatkan aruah di kalangan org mukmin dan solehah. Aaamiin.
Innalillahiwainnailahirojiun…Mati itu pasti menghampiri..semoga roh Allahyaharmah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan hamba2Nya yg beriman..Al Fatihah (dibaca)..
Kepada semua pembaca2 ruangan komen rotikaya saya ingin memohon ampun dan maaf jika saya ada menaip perkataan2 yg menyebabkan kalian tersinggung..
Pemergian Che Non dan Adibah Noor membuatkan saya tersedar bahawa hidup ini teramat singkat.. Wassalam
Tak apa la tak ada jodoh didunia.. Mungkin Jodohmu disyurga sana :)
Totally agree with u.. I pun ada terbaca tntera2 bawang ni dok ngta mcm2 tnpa tahu Hal sbnar.. Hidup ni jgn tahu nk ngata Hal org kalau sndri tk pasti. Paling baik dn lagi baik yg dok sibuk Hal org pd yg mulut2 puaka tu