PU Riz Buka Pusat Rawatan Kecantikan Estetik

Dalam diam, nampaknya pendakwah bebas Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz melebarkan sayap dalam perniagaan kecantikan pula.

Memetik Media Hiburan, PU Riz bersama rakan perniagaannya Dr. Aizul Hafizi membuka pusat rawatan estetik diberi nama Airiz Aesthetic Center.

BACA: “Solat Berjemaah, Dia Punya Doa Sampai Lenguh Tangan” – Neelofa Kongsi Amalan PU Riz

Difahamkan, pusat kecantikan itu menggabungkan perubatan estetik dan tradisional Islam seperti rawatan akupuntur serta bekam.

Menurut PU Riz, dia sudah lama merancang untuk berkecimpung dalam perniagaan berasaskan rawatan kecantik sebelum berkahwin lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“Perancangan sudah lama dibuat, sejak saya masih lagi belajar dan sebelum berkahwin tetapi ketika itu ada kekangan lain menyebabkan saya terpaksa tangguh. Alhamdulillah, sekarang baru ada masa untuk teruskan,” katanya.

PU Riz berkata Dr Aizul merupakan kawan lamanya dan pada awalnya dia sering membantu membuat ulasan pusat rawatan rakannya itu kemudian membuat keputusan untuk bersama-sama menjalankan perniagaan.

Dalam pada itu, PU Riz berkata Airiz Aesthetic Center menawarkan harga berpatutan dengan pakej yang ditawarkan iaitu sekitar RM200 hingga RM250 sebulan.

Dalam pada itu, Dr Aizul berkata dia turut menggalakkan kaum lelaki untuk turut mendapatkan rawatan serta mempunyai kakitangan lelaki.

“Kita ada beberapa staf lelaki sekiranya ada pelanggan lelaki yang ingin melakukan rawatan. Biasanya, kadar peratus pelanggan lelaki dan juga perempuan boleh dikatakan sama sahaja,” katanya.

Pusat rawatan Airiz Aesthetic Center yang terletak di Taman Nirwana, Ampang Jaya, Selangor telah mula beroperasi  pada Februari lalu.