fbpx

PU Lokman Jelaskan Isu Ibu Bapa Cium Mulut Anak

Sebelum ini perkongsian Norman Hakim mencium mulut anak perempuannya mendapat perhatian ramai. Rata-rata tidak senang dengan tindakan Norman dan meminta agar pelakon itu mnejaga batas sebagai seorang umat Islam.

Pun begitu ada juga yang berpendapat ianya sebagai tanda kasih sayang seorang bapa. Terbaru PU Lokman tampil memberikan penjelasan mengenai persoalan tindakan bapa mencium mulut anak gadis.

BACA: Netizen Tegur Norman Hakim Cium Mulut Anak Perempuan

“Kita kena ada sifat kasih sayang terhadap anak-anak jadi kita kena cium. Namun dari sudut penjelasan hadis, nabi tidak sebut cium di bahagian mana. mungkin cium pipi atau di kepala, jadi persoalannya cium mulut boleh atau tidak?

“Mencium mulut tidak diamalkan waktu dulu tapi sekarang banyak diamalkan. Mencium mulut ini salah satunya kerana mngikut budaya barat. Kita tengok tv mencium mulut memang menjadi kebiasaan mereka lalu kita ikut”

Menerusi Radio Gegar, PU Lokman berkata keterlaluan mengikut budaya barat merupakan salah satu punca. Jelasnya hadis Nabi berkata, barangsiapa mengikut suatu kaum maka mereka akan menjadi kaum itu.

Rasanya tidak salah menunjukkan kasih sayang terhadap anak, namun sebagai umat Islam sebaiknya lebih menjaga batas dengan anak-ana perempuan agar tidak berlaku perkara yang dicegah dalam Islam. (rtky/w)