Baru-baru ini hangat diperkatakan video memaparkan usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM memuat naik video menyusukan anaknya di sebuah restoran.

Perkara itu mengundang kecaman ramai termasuk pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin yang turut memberi teguran dan nasihat di atas tindakan Kak KM itu.


BACA: “Bukannya Nampak Yang Tak Sepatutnya, Takkan Nak Susu Anak Dalam Tandas?”

Menurut PU Amin, bukannya tidak boleh menyusukan anak di tempat awak tetapi sebagai orang Islam ada adab dan etika.

“Kita ada adab untuk menyusukan anak, paling penting kita sebagai orang Islam ada etikanya. Bukan tak boleh menyusukan anak di tempat awam, tapi gunalah kelambu atau kain untuk menutup. Ataupun cari tempat-tempat yang sesuai dan tidak menimbulkan sebarang keraguan,” katanya.

Dalam pada itu, PU Amin berkata meskipun sudah beberapa kali memberi teguran namun usahawan itu tetap memuat naik video yang mengundang kecaman ramai.


“Bukan kita tak tegur, dah banyak kali buat teguran tapi dia suka dengan gaya hidup macam itu. Maka biarlah, tanggungjawab kita dah selesai dan kita dah sampaikan,” ujarnya.

Terdahulu, Kak KM berkata dia tidak menyusukan anak di hadapan orang ramai dan dalam video dimuat naik tidak memperlihatkan bahagian tidak sepatutnya.