fbpx

Belum reda lagi video menyusukan anaknya di sebuah restoran, perkongsian usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM sekali lagi mengundang kecaman ramai.

Baru-baru ini, Kak KM ada memuat naik videonya melakukan drop challenge. Menerusi video tersebut, Kak KM dilihat mencangkung di hadapan rakan-rakan suaminya.

BACA: Kak KM Buat Drop Challenge, Menonggeng Depan Kawan Suami

Mengulas mengenai video menyusukan anak, Kak KM berkata dia tidak berbuat demikian di hadapan orang ramai dan dalam video dimuat naik tidak memperlihatkan bahagian tidak sepatutnya.

“Pertama sekali ketika saya menyusukan anak itu, tiada orang di depan saya. Jadi memang tiada siapa yang nampak. Dalam video yang saya muat naik pun bukannya nampak bahagian yang tidak sepatutnya.

“Kemudian takkan saya nak susukan anak di dalam tandas? Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk jaga adab,” katanya.

Menjawab tentang video menari di hadapan sekumpulan lelaki dipercayai kawan-kawan suaminya, Kak KM berkata kesemua lelaki itu adalah dalam kalangan ahli keluarga.

“Mereka semua itu adalah adik-beradik saya dan juga suami. Kami memang sporting kalau mahu buat video cabaran seperti yang popular di media sosial. Kami memang terbuka dan tidak fikir perkara yang tidak senonoh,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia tidak kisah rorang mengata dirinya namun meminta supaya netizen tidak bercakap buruk tentang ibu dan ahli keluarganya.

“Kalay saya baca setiap komen di media sosial, rasanya dah masuk ICU sebab sakit hati dengan semua kecaman. Sebagai seorang usahawan, ini adalah cara saya menggunakan platform media sosial sebagai medium pemasaran.

“Biarlah apa orang nak kata tentang diri saya, tetapi jangan sentuh ibu dan adik beradik saya. Itu memang boleh buat saya marah,” katanya.