fbpx

Tidak dinafikan memang rancak lagu Bobo Dimana dimainkan di media sosial, biarpun ramai menghentam. Terbaru PU Amin berkongsi kejadian melihat budak-budak sekolah agama rancak berjoget lagu tersebut sambil merakamkannya.

BACA: “Jangan Benar Anak Tengok Video Baru Aliff Syukri”

Menerusi Instagram, Amin meluahkan rasa terkilan dan terkejut melihat aksi budak sekolah rendah yang masih kecil tetapi sudah pandai meniru tarian ghairah lagu Bobo Dimana di depan budak perempuan lain.

Jelas Amin lagi, inilah antara kesan fenomena lagu Bobo Dimana yang memaparkan aksi tidak senonoh didalam video terbabit kepada kanak-kanak yang sedia maklum mempunyai keinginan untuk mencuba.

Mungkin hal ini tidak dirasai pasangan yang belum mempunyai anak-anak, tapi bagi yang sudah bergelar ibu bapa pasti berasa risau juga apabila anak-anak tidak berada di depan mata. Apa pendapat anda pula? (rtky/w)