fbpx

PU Abu Akui Dalam Proses Cerai Isteri Kedua

Baru-baru ini perkongsian bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azra mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya dengan mata mempunyai kesan lebam.

Foto tersebut menimbulkan tanda tanya punca dia mengalami kecederaan tersebut. Bagaimanapun, Hana berkata tiada apa yang berlaku kepadanya dan meminta tidak perlu bimbang.

BACA: Masuk Campur Isu Da’i Syed, Netizen Ungkit Hal Rumah Tangga PU Abu

Terbaru, menerusi perkongsian video di Insta Story, PU Abu menyatakan kesan lebam dimata Hana itu bukan berpunca daripadanya tetapi berlaku kemalangan kecil.

Turut mengulas mengenai hubungannya dengan Hana, PU Abu berkata mereka kini dalam proses untuk bercerai dan tarikh perbicaraan mahkamah jatuh pada 19 April depan.

Mengulas pula mengenai hubungannya dengan isteri pertama iaitu Ain Afini, PU Abu berkata mereka masih lagi suami isteri.

Terdahulu, nama PU Abu menjadi bualan hangat apabila didakwa menceraikan isteri pertamanya Ain Afini ketika sarat hamil.

Bagaimanapun tidak lama kemudian PU Abu dikhabarkan kembali rujuk semula dengan Ain dan isteri keduanya itu memberitahu sudah berpisah dengan pendakwah tersebut.