fbpx

PU Abu Akui Ada Masalah Dalam Rumahtangga Tapi …

Berikutan dakwaan Hana Azraa yang mengatakan mereka bakal bercerai, PU Abu mengakui berlaku pergolakkan didalam rumah tangganya namun ianya hanya masalah kecil. Malah tegasnya mereka masih suami isteri yang sah.

BACA: “Tak Tahu Kenapa PU Abu Nafi Masalah Kami”

“Hubungan saya dengan isteri masih baik-baik saja dan kami masih tinggal sebumbung. Spekulasi yang berlaku hanyalah konflik kecil sahaja, biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula kusyen dengan sofa”

PU Abu juga sempat menyindir seorang selebriti yang mengulas mengenai kontroversinya. Dengan sinis, PU Abu menasihatkan agar individu berkenaan berdiam diri daripada mengulas sesuatu yang beliau tidak tahu.

“Kepada netizen mohon doakan yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni. Kepada sesiapa yang tak tahu cerita A sampai Z lebih baik diam sebab kalau kita cakap dan tak betul boleh jadi fitnah!”

“Kalau betul pun boleh jadi mengumpat! Lebih baik diam daripada cakap benda tak baik, lebih baik doa yang baik- baik. Kalau kita dengan Tuhan boleh minta ampun tetapi kalau dengan manusia, cari dia di padang mahsyar,” jelasnya.

Ramai percaya kenyataan itu ditujukan kepada Caprice, lebih menguatkan lagi dakwaan apabila PU Abu akhiri video tersebut dengan tagline Caprice. Bagaimanapun PU Abu memadamkan video itu selepas beberapa minit dinaikkan. (rtky/w)