fbpx

Selesaikan Awal Dan Dapat Diskaun 15%!

Apakah perkara yang paling seronok yang pernah terjadi dalam hidup anda? Mungkin jawapan setiap orang adalah berbeza. Okay, jom kita imbau kembali kenangan masa belajar dulu dulu.

Ingat lagi tak masa mula mula belajar di universiti, kita sanggup beratur panjang di dewan sebab nak tandatangan borang PTPTN? Benda paling gembira adalah bila duit pinjaman PTPTN sudah masuk dalam akaun, terus kita beli barang keperluan belajar, bukan?

Bukan itu saja, kita juga sangat cemerlang. Habis belajar dan dapat kerja yang bagus sambil mampu membuat pembayaran secara bulanan kepada PTPTN. Namun dalam hati terdetik juga, bila agaknya boleh langsaikan pinjaman tersebut sekali gus.

6-selesaikan-awal-dan-dapat-diskaun-15-rotikaya

Alang alang sudah dapat bonus di tempat kerja kemudian pengumuman kerajaan tentang diskaun 15% bagi mereka yang dapat membuat penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman PTPTN pastinya membuat anda gembira. Diskaun 15% ini dikira berasaskan baki keseluruhan hutang pinjaman.

Malah tak dinafikan, ramai yang tertunggu tunggu setiap tahun tentang diskaun ini. Malah ada lagi 2 diskaun yang sepatutnya anda tidak lepaskan:

(1) Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
(2) Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.

Peluang seperti ini merupakan salah satu insentif kepada anda untuk menyelesaikan nilai pinjaman yang pastinya membantu anda untuk semakin hampir untuk mencapai kebebasan kewangan.

Peluang seperti ini merupakan salah satu insentif kepada anda untuk menyelesaikan pinjaman yang pastinya membantu anda untuk bebas daripada hutang.

5-selesaikan-awal-dan-dapat-diskaun-15-rotikaya

Jangan tunggu lama-lama kerana ia telah berkuat kuasa bermula 22 Oktober lalu dan bakal berakhir hingga 31 Disember 2017. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak bertangguh dan bijak mengambil peluang yang terhidang di depan mata.

Layari portal rasmi PTPTN atau hubungi hubungi talian Careline di 03 – 2193 3000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2-ptptn-buat-hal-selesaikan-awal-dan-dapat-diskaun-15-rotikaya