Isteri Buat Rawatan IVF Sebagai Hadiah Hari Jadi Achey
Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36 Achey Bocey, pelawak itu menerima hadiah istimewa daripada isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, hadiah tersebut adalah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.
BACA: Achey Buat Kejutan Hadiahkan Isteri Mercedes Benz
Dalam entri itu, isteri Achey yang dikenali sebagai anne itu berkongsikan pernjalanan ketika menjalani rawatan tersebut serta menitipkan ucapan hari lahir buat suaminya.
View this post on Instagram
“Happy birthday sayang, tahun ni hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat. Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan. Amin,” tulisnya.
Anne turut menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya itu serta mendoakan agar penantian selama 11 tahun itu akan dipermudahkan.
“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang. 11 tahun penantian kita, insyaAllah kita usaha, Allah yang tentukan. Sayang awak,” katanya.
Difahamkan, pasangan itu melakukan rawatan IVF di sebuah hospital pakar Masai, Johor Bahru. Turut dikongsikan dalam video itu mereka bertemu dengan Dr Thokha Muhammad yang popular di media sosial kerana sering berkongsi video inspirasi mengenai pasangan yang berjaya memperoleh cahaya mata.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Aku doakan moga Allah kurniakan ank2 yg soleh & solehah buat achey & anne. Aku pun tahun ke 8 perkahwinan baru dpt anak melalui ivf. Aku ada pcos. Suami xde problem. Boleh je kalau nak operation buang telur2 kecik tu & x perlu buat ivf. Tapi aku terus je buat ivf. Proses ivf masa ank 1st sgt sakit & circle agak panjang. Makan masa 5 bulan baru boleh transfer embrio yg dah disenyawakan. Masa tu tahun 2011. Anak ke 2 pun aku buat ivf jgk. Tahun 2019. Cirlcle ivf lebih pendek. 2 bulan je dah blh transfer embrio & tak sakit. Tapi harga pun dari rm16k 1st ivf tahun 2011, ke rm33k ivf tahun 2019.
Doctor nie thorbaeekkk bkn kaleng², rmai yg dh brjaya dengan doc nie.. Diprmudahkn segala urusan