fbpx

Berita baik kepada semua peminat Jessie J yang sudah atau belum membeli tiket ke konsert penyanyi ini minggu hadapan.

Konsert pertama Jessie J untuk peminat di Malaysia ini di’jadual berlangsung pada 16 Mac 2012 di Surf Beach @ Sunway Lagoon.

Tune Talk yang menjadi penaja rasmi berminat memberikan anda semua satu tawaran yang tidak mungkin anda semua tolak.

Dengan setiap pembelian tiket ke konsert Jessie J Live In Malaysia, anda akan layak untuk menerima sekeping lagi secara percuma.

Bagaimana jikalau saya sudah membeli tiket sebelum ini? Jangan risau, anda hanya perlu membawa tiket yang sudah anda beli ke kaunter tiket ketika hari konsert ini berlangsung untuk menerima tiket percuma. 

Tiket konsert Jessie J Live In Malaysia bermula dari RM98 dan maklumat lanjut berkaitan tiket boleh anda dapati di Ticket Pro. Yeah!