fbpx

Mood travel on gais! Fuh, anda mesti tak sabar-sabar tengok promosi dan diskaun yang diberikan Malaysia Airlines sempena Travel Fair mereka kali ini kan?

Excited gila weh. Mana taknya, harga tiket dan promosi yang ada memang murah dan berbaloi. Kami pun tak sabar-sabar nak bagitahu anda tau. So, pada anda yang ‘kaki travel’ tu get ready passport okay, haha!

Diskaun Sehingga 45%!

Dah rancang ke tu ke mana destinasi pilihan anda? Ha..dah boleh plan dah nak pergi mana sebabnya kali ini mereka tawarkan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa dengan diskaun hebat sehingga 45% tau! Pergh!

Bukan setakat tu jer gais, dengan serendah RM99, anda dah dapat tiket flight domestik untuk pergi ke tempat yang anda nak. Semuanya dalam satu hala. Memang murah sangat, ee geram betul, haha!

Tiket flight domestik dan antarabangsa ada diskaun sehingga 45% yer gais. Bukan untuk domestik sahaja. Murah gila. Kalau anda berhajat nak travel dalam negara boleh jer pilih Penang, Langkawi, Kuala Terengganu, Kuching atau Kota Kinabalu. Kalau datang sini memang best lah weh! Penuh galeri telefon tu dengan memori melancong. Bestnya!

Langkawi

Kalau anda ada bajet lebih sikit fly lah ke luar negara, ahaks. Sekali sekala ‘jamu mata’ tengok negara orang seronok juga. Anda boleh pilih Bangkok, Singapura, Bali, Hong Kong, Tokyo/Haneda, Seoul, Taipei, Perth, Sydney, Mumbai, Colombo atau London. Paling on, ada penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Taipei dan dari Kota Kinabalu ke Tokyo.

Fuh, amacam gais? Dah boleh WhatsApp geng travel anda dahni. Hehe.

Oh ya, tempoh jualan bermula sekarang hingga 8 Mac 2023 ini sahaja tau manakala tempoh perjalanan pula bermula sekarang hingga 30 November 2023. Jadi, anda dah boleh pilih tarikh cantik untuk travel!

Enjoy Tawaran Eksklusif Ni Juga!

via GIPHY

Bukan tiket penerbangan jer, ada lagi faedah lain untuk anda enjoy dengan Malaysia Airlines ni! Antara tawaran eksklusif yang ada:

1. Tawaran Enrich: Tambahan 50% Mata Ganjaran Bonus Enrich
2. Tawaran sampingan/ Bonus Manfaat Perjalanan
– Diskaun 15% untuk pemilihan tempat duduk (Kelas Ekonomi)
– Diskaun 15% pada bungkusan nilai yang terdiri daripada tempat duduk standard dan bagasi tambahan 10kg (Kelas Ekonomi)
– Diskaun 15% untuk Akses Golden Lounge (Kelas Ekonomi)
– Diskaun 15% untuk Premium Bundle (Tempat Duduk Kerusi Kaki & Akses Golden Lounge) (Kelas Ekonomi)
– Diskaun 15% untuk Bagasi Tambahan (Kelas Ekonomi & Perniagaan)

Rancang Percutian Anda Sekarang!

Tunggu apa lagi tu? Bukan senang nak dapat tawaran menarik yang berganda-ganda macam ni. Jadi, rancanglah percutian anda sekarang. Sekali sekala pergi healing tak salah pun kan. Lari dari hiruk pikuk kota.

Nak info lebih lanjut tentang tawaran menarik Malaysia Airlines Travel Fair ini, klik SINI. Atau anda boleh lihat di Website, Facebook atau Instagram Malaysia Airlines.