fbpx

Siapa excited untuk lihat LMFAO secara live di’atas pentas nanti? Ini berita baik mereka yang berniat untuk dapatkan tiket konsert.

Untuk yang tidak tahu, kumpulan duo paing popular kini, LMFAO akan hadir ke Malaysia pada 29 Mac 2012 untuk konsert berskala besar pertama mereka.

Konsert LMFAO Live In Malaysia ini di’bawakan kepada anda oleh Samsung dan penjualan tiket akan mula di’buka pada 11 Februari ini.

Harga tiket akan bermula RM138 sehingga harga premium RM398 untuk JS VIP Zone tetapi jangan risau kerana anda semua ada peluang untuk dapatkan tiket pilihan anda dengan potongan 30% eksklusif di majlis pelancaran.

Majlis pelancaran konsert ini akan berlangsung di Main Concourse, Sunway Pyramid pada 11 Februari 2012 & lebih menarik, untuk mereka yang kaki shuffle, ada pertandingan khas untuk anda semua.