fbpx

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Meriah Dengan Aktiviti

Berbaki enam hari lagi, tak sabar rasanya nak join program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 9 Disember hingga 12 Disember ini.

Jangan cakap tak payung, rugi kalau korang tak lock tarikh dan masa bermula jam 9 pagi hingga 10 malam ni, sebab Program 100 Hari AKM ada macam-macam aktiviti best untuk semua.

Lagi pula, dekat dua tahun korang complain ‘terkurung’, ni lah peluang untuk korang join macam-macam aktiviti hype secara free!

Sepanjang empat hari, ada persembahan Malam Aspirasi Perdana menghimpunkan artis kesayangan ramai, seperti Hael Hussaini, Dayang Nurfaizah, Vince, Anuar Zain dan Jaclyn Victor, bukan senang nak dapatkan peluang macam ni!

Selain itu, ada juga persembahan kebudayaan, pameran dan jualan usahawan, galeri pencapaian kementerian, I’m Youth, program bantuan, pemeran kementerian dan agensi serta padanan perniagaan sesuai untuk korang yang nak belajar bisnes.

Kalau korang rasa tak cukup best, ada juga aktiviti lain buat gamers di luar sana. Sertai Keluarga Malaysia Esports Tournament secara percuma dan berentap dalam game yang tengah trending sekarang ni, macam FIFA and Mobile Legend Bang Bang, siap bagi hadiah utama mencecah RM2,000.

Lagi unik, Program 100 Hari AKM juga sediakan kaunter diskaun pembayaran saman, mana yang banyak saman tu boleh lah amik peluang ni datang serbu.

Selain itu, ada lagi, aktiviti Cabutan Bertuah Perdana yang menawarkan hadiah utamanya, Proton X50!

Syarat kelayakan tak susah, korang hanya perlu mendaftar di kaunter pendaftaran, Like, Follow dan Share Facebook page Keluarga Malaysia dan ambil gambar serta pos di Facebook dengan #KeluargaMalaysia dan komen positif.

Jangan lupa, korang kene scan QR Code booth kementerian minimum 10 booth dan support pempamer dengan membeli barangan berjumlah RM200 bagi resit terkumpul.

Takut tak dapat hadiah kereta? Jangan down, sebab ada 140 hadiah lain termasuk Motorsikal Yamaha LC, Modena Kriss, televisyen, laptop, tablet, telefon pintar, basikal dan barangan elektrik.

Nak tahu apa lagi yang ada, korang kena lah datang bawak sekeluarga untuk rasa sendiri kemeriahan program 100 Hari AKM. Apapun, jangan lupa, SOP kene jaga.

Program 100 Hari AKM yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob adalah antara inisiatif kerajaan dalam menyemarakkan lagi semangat Keluarga Malaysia merentasi agama, kaum, warna kulit dan sempadan.

Program 100 Hari AKM ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara untuk mengembleng tenaga dalam cabaran mendepani pandemik COVID-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.