fbpx

PPZ-MAIWP Saran Tunaikan Zakat & Wakaf Di Bulan Ramadan

Kalau anda perasan orang tua-tua dulu selalu berpesan, kalau nak bayar zakat (harta) kena tunggu bulan Ramadan. Sedar tak sedar berbaki beberapa hari sahaja lagi nak habis Ramadan ni. Anda dah bayar zakat ke belum tu?

Haa…seluruh masyarakat Islam dah boleh cepat-cepat tunaikan zakat terutamanya zakat fitrah yer. Bukan apa, takut terlewat lagi. Ye lah kang jadi macam tahun lepas bila tiba-tiba raya mengejut tu tak ke ‘pengsan’ kita.

Anda juga sempat lagi nak kejar Lailatul Qadar. Gandakan amalan, tunaikan zakat, berwakaf untuk mendapat ganjaran pahala berganda. Bagi anda yang baru nak mula bayar zakat tu, jadikan Ramadan sebagai haul zakat!

Apa rahsianya kalau kita bayar di bulan Ramadan ya?

Begini…bulan Ramadan adalah bulan mulia yang ganjaran pahalanya akan dilipatkaliganda. Jadi setiap perbuatan yang dilakukan mendapat manfaat yang lebih. Allah S.W.T memilih Bulan Ramadan sebagai bulan penuh keistimewaan yang diturunkan Al-Quran, difardukan puasa dan zakat, digalakkan berinfaq (wakaf dan sedekah)

Bukan itu jer, pahala juga akan digandakan sehingga 70 kali ganda. Jika Allah kehendaki, Dia akan menggandakan sehingga 700 kali ganda. Banyak tu. Jadi amalan sebegini lah yang kita perlu buat sekarang di bulan Ramadan selain zakat dan infaq (wakaf dan sedekah). Kelebihan dan ganjaran yang bakal anda dapat berlipat kali ganda inilah tawaran terbaik daripada Allah buat hambaNya.

Di mana Anda Boleh Bayar Zakat?

Di Wilayah Persekutuan kadar zakat fitrah tahun 2023 ialah RM7, RM14 dan RM21.

Bagi memudahkan urusan anda untuk menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah, anda boleh melaksanakannya melalui:

1. Portal PPZ-MAIWP: fitrah.zakat.com.my

2. Amil Fitrah
– 921 penolong amil fitrah di seluruh Wilayah Persekutuan
– 10 kaunter PPZ-MAIWP, masjid-masjid, surau-surau dan pasar raya

3. Ejen–ejen online kutipan PPZ-MAIWP
– 15 perbankan internet
– E-Wallet iaitu Boost, Shopee, Tulus, GoPayz, The Noor, Raiz
– Online Portal iaitu senangPay, MyEG, PayHalal, MyPay, Elzar Shariah, Al Amin dan MyVerify

Zakat bukan sekadar zakat fitrah. Umat Islam juga digalakkan untuk menunaikan zakat harta di bulan Ramadan bagi memperoleh ganjaran pahala berganda. Zakat harta termasuklah zakat pendapatan, simpanan, emas, perak, perniagaan dan sebagainya. Jadikan Ramadan sebagai haul zakat anda. Jadi kepada anda yang mahu menunaikan zakat harta boleh ditunaikan melalui saluran berikut.

2. Zakat Harta

1. Kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu termasuk cuti umum daripada 8.15am – 4.30pm.
2. Portal iaitu zakat.com.my
3. Aplikasi MyZakat
4. Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB)
5. Door To Door (Tempahan di mytemujanji.zakat.com.my)
6. Kaunter Zakat Digital. (Tempahan di mytemujanji.zakat.com.my)
7. Ejen-ejen Kutipan Zakat – Perbankan internet, Kaunter Bank, Pos, E-Wallet, Firma-firma & lain-lain.

3. Wakaf

Selain itu, PPZ-MAIWP telah diberi amanah oleh MAIWP untuk mengutip wakaf tunai di Wilayah Persekutuan. Bayaran wakaf tunai am dan wakaf khas boleh dilakukan melalui saluran berikut:

Kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu termasuk cuti umum daripada 8.15am-4.30pm

Kempen ‘Ramadan Anugerah Terindah’

Ada Hadiah Menarik!

Sebagai galakan, PPZ-MAIWP menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembayar yang menunaikan zakat dan berwakaf sepanjang bulan Ramadan di PPZ-MAIWP.

Anda boleh melakukan pembayaran secara dalam talian sama ada melalui fitrah.zakat.com.my atau ejen-ejen online selain berpeluang memenangi 1000x baucar KFC! Wah bestnya.

Bukan tu jer gais, sekiranya anda melakukan pembayaran zakat harta dan wakaf pada bulan Ramadan ini, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah gempak seperti berikut:
1x pemenang pakej umrah
5x pemenang set solat eksklusif
7x pemenang jam buruj
7x pemenang telekung eksklusif
7x pemenang sejadah eksklusif
7x Al quran ‘tagging’
7x pemenang rehal eksklusif

Fuh, menarik betul yer hadiah yang disediakan ini. Jadi, kepada anda yang mahu melaksanakan kewajipan anda, jangan ditunggu lagi, tunaikan segera dan berpeluang menang hadiah tadi! Good luck!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri dan Ramadan bakal meninggalkan kita. Marilah kita sama-sama rebut peluang yang ada dan menambahkan ganjaran pahala berganda dan jadikan Ramadan pada tahun ini paling indah dengan kasih sayang sesama insan melalui berkongsi rezeki dan meringankan beban mereka yang memerlukan dengan menunaikan zakat dan berwakaf.