fbpx

Kami pasti anda kenal sangat dengan jenama realme kan? Terbaharu, mereka ada keluarkan telefon pintar realme 7 dan realme 7 Pro yang tak lama jer lagi masuk pasaran Malaysia.

Apa yang menariknya, kami pasti anda jatuh cinta pandang pertama dengan realme 7 ni! Nak tahu sebab apa? Antaranya adalah designnya yang stylish dan warnanya yang sangat menarik.

Nak tahu apa yang lagi padu? Siri realme 7 juga merupakan telefon pintar pertama yang lulus TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification dan telefon pintar pertama dunia yang menggunakan cipset MediaTek Helio G95 Gaming Processor! Betul power!

Apa ‘TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification’ Ni?

Jap! Anda tahu ke tidak apa benda TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification tu? Mai sini kami nak habaq…

TÜV adalah Technischer Uberwachungsverein (Technical Inspection Association) yang berada di Jerman. Mereka juga ada cawangan di sekitar Eropah, Afrika dan Amerika Syarikat. Mereka ni bertanggungjawab untuk menguji sesuatu produk dari segi keselamatan dan perlu memenuhi syarat minimum Akta Peralatan dan Keselamatan Produk Jerman.

Dan jangan terkejut, realme 7 dan realme 7 Pro adalah telefon pintar pertama yang lulus TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification atau dalam bahasa Melayunya, Pengiktirafan Kebolehpercayaan TÜV Rheinland Jerman. Ha! Gituh.

Hebatnya! Lulus Semua Ujian


Anda perasan tak sekarang ni telefon pintar dah jadi alat penting dalam kehidupan moden kita sekarang ni. Sebabnya ia adalah alat komunikasi terpenting untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain.

Dengan kemajuan teknologi yang pesat dalam industri ini, banyak telefon pintar muncul dengan macam-macam fungsi. Sampaikan kita pulak yang tak terpilih sebab terlalu banyak sangat telefon pintar kan?

Tapi macam mana kita nak percaya sesuatu telefon pintar tu terbaik untuk kita? Eh, dah macam pilih jodoh pulak! Gurau jer…okay berbalik kepada telefon pintar, susah kan kita nak percaya dengan satu-satu telefon pintar tu.

Jadi, disebabkan persoalan dan cabaran ini, realme komited menjemput TÜV Rheinland untuk menjalankan ujian untuk mendapatkan kebolehpercayaan siri realme 7 ini.

Sebanyak 22 ujian besar dan 38 ujian kecil merangkumi ujian suhu tinggi dan rendah, ujian kelembapan tinggi dan rendah, ujian turun naik voltan, ujian hayat butang, ujian elektrik statik, dan banyak lagi.

Dan guess what? Kesemuanya LULUS! Standing ovation gais!


Untuk info anda, TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification ini mengandungi tiga senario penggunaan iaitu penggunaan harian, kebolehpercayaan komponen dan persekitaran yang ekstrem. Pengesahan ini memastikan bahawa telefon pintar realme bukan sahaja bagus untuk digunakan, tetapi juga lebih tahan lama.

Sneak Peek realme 7 & realme 7 Pro

Telefon pintar siri realme 7 ini yang didatangi dengan 2 warna Mist White dan Mist Blue . Bagi realme 7, ia mempunyai Kamera Quad 64MP dengan sensor Sony IMX682. Dan tambah menarik, dalam masa 26 minit sahaja, bateri 5000mAh dah dicas 50% kerana ia mempunyai 30W Dart Charge.

Kalau nak tahu lebih details tentang siri realme 7 ni, anda nantikan ketibaannya nanti okay! Dah tak lama dah. Anda boleh jer ke Facebook rasmi realme pada 24 September ini bermula 12 tengah hari untuk saksikan sendiri perasmian telefon pintar pertama lulusan TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification ini!