fbpx

Port Berhibur Di Johor Bahru Paling Best, Siap Boleh Jumpa Artis Lagi

Bercakap mengenai tempat lepak mahupun berhibur pastinya anda mencari satu tempat yang semuanya ada di situ bukan? Bila semua kelengkapan ada dalam satu tempat barulah best nak enjoy sepuas hati.

Ha! Disebabkan hujung minggu yang bakal tiba ini membuat anda terbatas untuk melakukan aktiviti luar kerana gejala jerebu yang semakin teruk melanda negara kita. Kami ada satu tempat yang paling onz untuk anda berhibur sepuas hati meskipun jerebu teruk.

Tempat yang kami ingin kongsikan ini, adalah tempat berhibur indoor, jadi tak adalah terganggu dengan keadaan cuaca. Pada hujung minggu ini iaitu 21 September di Angsana Mall, Johor Bahru, bakal diadakan Karisma Jelajah Suria yang akan menampilkan selebriti-selebriti terkenal tanah air untuk menghiburkan anda.

Yang paling best, di Karisma Jelajah Suria Angsana Mall ini, anda boleh bertemu dengan penyampai-penyampai radio Suria FM seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin. Sambil-sambil layan telatah penyampai radio Suria yang sentiasa ada sahaja bahan untuk hiburkan anda. Anda pun boleh jumpa dengan penyanyi terkenal tahu!

Kali itu anda bolehlah selfie dengan selebriti yang turut sama hadir di Karisma Jelajah Suria termasuklah Floor 88, Ara Johari, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Amir Masdi, Sarah Suhairi, Usop, Muna Shahirah, Zack Zakwan, Ariff Sany, Poey Sting dan Tuah Adzmi.

Confirm kali anda akan terhiburkan dengan lagu-lagu yang bakal didendangkan oleh selebriti pujaan ramai ini.

Aktiviti Yang Paling Best Dilakukan Pada Hujung Minggu

Menarik lagi di Karisma Jelajah Suria Angsana Mall, anda boleh bawa satu keluarga anda terjah Karisma Jelajah Suria ini disebabkan banyak aktiviti menarik akan diadakan.

Tidak terhad kepada aktiviti kanak-kanak, aktiviti untuk anda yang dewasa pun ada. Anda boleh test suara anda dalam aktiviti KiraOke yang membolehkan anda bawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000!

Tetapi sebelum itu anda haruslah muat naik video anda menyanyi selama satu minit di laman sosial Instagram anda berserta hashtag #KiraOkeSuria dan kapsyen ‘Saya rasa suara saya kira ok dan saya nak berentap di Jelajah ( Lokasi Pilihan Anda : Johor Bahru atau Alor Star)

10 peserta akan dipilih untuk berentap di setiap lokasi Jelajah Suria pilihan mereka dan pemenang di setiap lokasi akan kembali bersaing di ‘Grand Finale’ KiraOke pada 12 Oktober ini.

Bila si ibu dan bapa tengah test suara di pentas Karisma Jelajah Suria nanti, anak-anak adalah peluang untuk join pertandingan mewarna KUNTUM. Dimana anak-anak anda yang berusia 6 hingga 12 tahun sahaja yang layak sertai pertandingan mewarna ini. Tetapi jangan lupa pula untuk bawa bersama pesel warna sendiri.

Untuk sertai pertanding mewarna KUNTUM ini anda boleh mesej lokasi pilihan, nombor langganan, nama penuh, umur dan nombor telefon di Facebook rasmi Majalah Kuntum atau Suria FM.

Alaaa Di Utara Tak Ada Karisma Jelajah Suria Ke? Nak Juga Jumpa Selebriti Dan Penyampai Radio Suria

Tak perlu bersedih, untuk pengetahuan anda Karisma Jelajah Suria ini bergerak di serta tempat. Misalnya baru-baru ini geng Karisma Jelajah Suria mendarat di Kuantan City Mall yang ternyata mendapat sambutan hangat, lebih-lebih lagi dengan kehadiran artis-artis popular seperti Ara Johari, Siti Nordiana, Ezad Lazim, Black, Amir Masdi dan Azarra Band di mana hampir kesemua pengunjung sangat terhibur dan menyanyi bersama artis kegemaran mereka.

Bukan itu sahaja, peminat-peminat Suria di Kuantan City Mall dikejutkan dengan penampilan istimewa, Fara Fauzana yang juga kini bersama Team Pagi Suria. Keletahnya yang bersahaja bersama penyampai Team Pagi Suria, Issey dan Fizi Ali sangat menghiburkan hati pengunjung.

Jadi kepada anda yang berada di Kedah tu, sabar menanti kehadiran geng Karisma Jelajah Suria di Aman Central, Alor Setar, Kedah pada 28 September ini yang turut melibatkan penyampai-penyampai Suria dan artis-artis seperti Akim & The Majistret, Ella, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ernie Zakrie, Naim Daniel, Gmie Screen, Usop, Amir Masdi, Muna Shahirah, Zack Zakwan, Tuah Adzmi dan Ariff Sany.

Kali itu anda boleh enjoy sepuas hati anda. Tetapi jangan lupa pula untuk mendapatkan cenderahati eksklusif Suria seperti t-shirt, payung dan topi dengan harga promosi hanya di booth Kedai Suria.

Jika anda tidak mahu ketinggalan dengan Karisma Jelajah Suria ini, anda boleh mula ikut kesemua perkembangan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter SuriaFMMalaysia.