Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup kes membabitkan siasatan berhubung kes gangguan seksual melibatkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew seperti didakwa sesetengah pihak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan terhadap pendakwah itu masih diteruskan.
BACA: Selepas Switzerland, Ebit Lew Bawa Isteri Tunai Umrah
“Ingin ditegaskan kes ini tidak pernah ditutup dan tidak pernah ada rujukan untuk NFA. Siasatan masih diteruskan dan pihak polis sentiasa mengalukan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.
Pada 1 Oktober lalu, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi diambil keterangan. Pendakwah berusia 37 tahun itu hadir bersama isterinya untuk disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.