Polis Siasat Majlis Pernikahan Neelofa, PU Riz
Tidak sampai 24 jam majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas PU Riz, polis telah membuka kertas siasatan berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) majlis tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
BACA: “Haris Seorang Yang Sangat Baik, Lemah Lembut & Matang”
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan mendapati majlis tersebut gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.
Berikutan itu, pihak penganjur bagi majlis bertemakan persalinan serba putih itu akan dipanggil bagi membantu siasatan selanjutnya.
Semalam, kecoh diperkatakan di media sosial dakwaan mengenai majlis berkenaan tidak mengikut SOP selain disifatkan ‘double standard’ oleh warganet antara rakyat biasa dan golongan artis.
Terdahulu, Neelofa dan PU Riz selamat diijabkabulkan dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, pagi semalam.
Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut dijemput bagi membacakan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.
- SUMBER
- Harian Metro
Jgn kes settle diam2 sudah lahhh.. menyampah aku tgk!
BELUM PERNAH CUBA SATU PUN???
NZCrunchies dah ada 9 perisa, guysss!
Flaming Salted Egg
Seaweed Teriyaki
Roti Bakar
Korean BBQ
Milky Matcha
Cheese Primo
Golden Salted Egg
Chocolate Supreme
Savoury Chicken Floss
Jom dapatkan NZCrunchies
dengan harga RM9.90 sahaja??
Wasap/Dm
0177974439
AiniFebian
Ala golongan kayangan …. Polis siasat sajala …bersalah pun pas tu senyap saja …
Alah..sian. dah klu publicize sgt, susah nk hide kealpaan SOP. Hmmm..nasib la .populariti ada harganya.
Harus lar..kte rakyat biasa,silap sket jer kena 10k kot..mana nak cari duit nk byr…jgn double standard…semua kne follow sop x kira acara apa sekalipun…
Mahu sampai lapan pages bercerita pasal perkahwinan Neelofa. Terpaksa tunggu minggu hadapan nak tahu citer Janna Nick pula.
Btul ke plis siasat?mcm x cya je
Kalau takat denda sop 10k^ pihak sponsor boleh bayar. Harga bunga jer lebih 30k.
Yang kes risteena ke sabah tu apa cerita? Polis dah bagi kenyataan ke? Aku cuma nampak kenyataan risteena je…yang ni pun esok lusa terus diam agaknya
Siasat La Sangat.. menteri agama tu ha, kt majlis ni boleh pulak xde social distancing, tp solat jemaah kena berjarak diselangi syaitonirrajim.. menyampah dato Zulkifli ni.. pilih bulu. Kalau artis/ org vip bukan main lg mengampu. Nape ntah xde orang bash. Sampai bila nk ada limit solat jumaat kat Malaysia ni ntah la.. yg kt majlis ni duk sebelah menyebelah lelaki perempuan lagii, tak dikisahkan. Sedara pun, bukan semua mahram.
Lepas ni PU Riz jadi duta product pula. Dah banyak duit habis buat kenduri grand.
Klu compare dgn solat di masjid sedih pula rasanya..dh la dijarakkan..limit kehadiran..ada masjid x bagi masuk klu x bawa sejadah…ini dlm keadaan duduk bersentuhan..x kan x de yg mengingatkan..
Yang berkumpul pun geng2 tok khadi. Tok imam, bilal, siak, penggali kubur (under taker), tok mudim, pembancuh sirap (stone cold) dan kepala batu (the rock).
Irregardless who you are..Malaysians, what is so difficult to adhere to the SOP’s ?
Anything that is not clear? My goodness…
Dear authorities, pls act & do your job fairly. Tq.
Jgn siasat wedding ni jer…wedding erni dan syamel pon sama takde SOP langsong..alang2 nak siasat..siasat semua yg kahwin..termasuk pengacara TV al-hijrah OzelZainal tu..sama 2×5.