Selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, PU Riz sekali lagi akan dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan mereka berada di premis menjual karpet di Pusat Perniagaan di Nilai 3.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Neelofa dan PU Riz akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, dalam masa terdekat.
BACA: “Kadang-Kadang Saya Rasa Neelofa Ni Jenis Lapar Perhatian, Sengaja Cari Masalah”
“Kami telah menjalankan siasatan berkaitan penularan gambar dan video membabitkan selebriti berkenaan dan suaminya di laman sosial dipercayai berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3.
“Sehubungan itu, mereka akan dipanggil ke IPD ini dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berkaitan perkara berkenaan.
“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat NO. 4) 2021,” katanya.
Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3. Malah, beberapa netizen turut mendakwa melihat pasangan terbabit di Nilai 3.