fbpx

Polis Minta Bantuan Interpol Berhubung Dengan Caprice, Nadir

Susulan isu misi kemanusiaan di Gaza, pihak polis kini sedang menjalankan saisatan ke atas Ustaz Ebit Lew, Muhammad Nadir Al-Nuri dan Caprice.

Terbaru, polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia dan penyanyi rap tersebut.

BACA: Polis Dalam Proses Rakam Keterangan Nadir, Caprice

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya masih belum mendapat tarikh untuk mengambil keterangan kedua mereka.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

“Kita sedang berhubung dengan kedua-dua mereka untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan secara dalam talian,” katanya.

Difahamkan, tindakan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.