fbpx

Polis Evo Rampas Takhta Filem Paling Laris Di Malaysia

Jika sebelum ini filem The Journey berjaya mencatat kutipan tertinggi di Malaysia (RM17.28 juta) tahun lalu, kini rekod itu telah dipintas oleh filem lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam, Polis Evo dengan kutipan RM17.30 juta selepas 42 hari ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.

BACA: Polis Evo Kutip RM15 Juta Dan Masih Terus Ditayangkan Di Pawagam

Polis Evo yang mula ditayangkan bermula 17 September lalu diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini sekaligu membawa sinar baru di dalam industri perfileman tanah air.

Malah melalui portal Astro Gempak sebelum ini, antara faktor yang turut menyumbang jumlah kutipan tiket yang tinggi adalah kerana ada penonton yang menyaksikan filem ini berulang kali di pawagam.

Polis Evo filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. (rtky/s)