“Poligami Bukan Untuk Ambil Kesempatan, Kahwin Kerana Allah”

Selepas berita mengenai penceraian mereka tersebar di dada akhbar dan juga media sosial, Salih Yaacob melalui portal Media Hiburan menyatakan dia memilih poligami bukanlah untuk mengambil kesempatan di atas wanita.

BACA: Bekas Isteri Salih Yaacob Nafi Reunion Punca Penceraian

“Pandangan saya mengenai poligami bukanlah untuk mengambil kesempatan dan saya berkahwin kerana Allah. Perkara ini tidak bermakna saya mahu mencari calon seterusnya untuk menggantikan ‘tempat kosong’ selepas bercerai dengan Raha,” jelasnya.

Tambah Salih lagi, perkahwinan konsep poligami tidak semudah yang disangka kerana isteri-isteri mempunyai perangai yang berbeza-beza dan ia adalah tanggungjawab yang besar. Dengar itu lelaki sekalian. Salih sudah kongsi pengalaman sendiri.

Salih Yaacob kini bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29. Daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak. (rtky/s)