fbpx

PM Umum i-Citra, Nama BCL Pula Trending Di Media Sosial

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin telah mengumumkan pengeluaran terbaharu iaitu i-Citra khusus untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selepas pengumuman tersebut, nama selebriti Indonesia terkenal, Bunga Citra Lestari atau BCL tiba-tiba trending di media sosial apabila dikaitkan dengan pakej tersebut.

BACA: Titip Ucapan Hari Bapa Buat Arwah Suami, Peminat Tak Mahu BCL Kahwin Lain

Ia berikutan sebelum ini kerajaan memperkenalkan pakej bantuan i-Lestari dan terbaru i-citra yang secara kebetulan mempunyai kaitan dengan nama BCL.

Tidak kurang juga, ada yang bergurau mengatakan mungkin selepas ini akan diperkenalkan i-Bunga pula dan akhirnya jadilah Bunga Citra Lestari. Malah, ada yang mengatakan mungkin ianya diambil daripada nama penyanyi itu.