Titip Ucapan Hari Bapa Buat Arwah Suami, Peminat Tak Mahu BCL Kahwin Lain
Sempena sambutan Hari Bapa semalam, pelakon dan penyanyi Indonesia terkenal, Bunga Citra Lestari turut menitipkan ucapan istimewa buat arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi perkongsian dimuat naik di Instagram, BCL mengucapkan terima kasih buat arwah suaminya kerana mengajarkan anak mereka iaitu Noah Sinclair mengenai kehidupan.
BACA: BCL Kongsi Foto Berbikini, Netizen Kasihankan Arwah Ashraf Sinclair
View this post on Instagram
“Happy Father’s day. Terima kasih telah memberikan banyak sekali tawa dan kebahagian untuk Noah… Terima kasih telah mengajarkan Noah tentang kehidupan.
“Terima kasih telah mengajarkan Noah untuk mencintai dirinya, memaafkan dirinya sendiri bila salah, dan belajar dari kesalahan itu. Thank you for teaching him how to be a man.. U will forever be Noah’s hero,” tulisnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan buat arwah Ashraf, malah ada yang meminta BCL supaya tidak berkahwin lagi.
Bunga mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Sinclair, pada 8 November 2008. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak Noah Sinclair. Ashraf meninggal dunia pada 18 Febuari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
masa arwah wife ifan17 meninggal tsunami, dia kemain laa nekad xnak ada cinta lain.. cinta mati kt arwah dylan sahara je.. setiap bday dylan up post, setiap anniversary up post.. tp last2 kawen jgk dgn CM, time pandemik pun nekad nk nikah.. hati manusia ni bkn boleh pegang
Bukan ke BCL dah kawin lain??? Konpius aku.
Kawin la Bunga klu ada jodoh lg …
Muda lg. Cantik. Sexy. Nafsu pun masih kuat. Belum monopos. Jika ada yg sesuai dan berjaya mmbuka hati, nikah lah. Lg baik drpd bermesra tnpa ikatan hnye kerana nak jaga hati fans. Sebagai manusia biasa let her kawin semula. Muga2 dpt mmbimbingnya ke arah lebih baik
Selalu yg beria update pasal loss ni tak lama lepas tu kawin lain dah..elokla tu, better BCL ni carik laki baru, boleh tanggung dosa dia.
yg dah meninggal semoga dipermudah urusan.
Rajin nau update pakai 2 piece di tepi pantai smbil acah2 meratap bagai.
Betul sgt tu Jah oii.. byk nauuu yg meratap mcm xde esok ni yg akan cpt je cari pengganti. Nak sebut nama satu2 malas la.. korang google la sendiri.
Possible?.. stuju.. kata cinta bngt.. tapi itu sudah kehendakNya…