fbpx

“Please Bagi Sha Ruang, Iddah Pun Belum Habis Lagi”

Sejak minggu lalu, nama penyanyi Shila Amzah menjadi bualan ramai apabila netizen mengaitkan dirinya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Malah, ada segelintir netizen mahu mereka berdua kembali bercinta selepas pelakon itu dilihat memberikan sokongan buat Shila di AJL baru-baru ini.

BACA: “Kau Panggil Family Aku Barua” – Syada Amzah Tak Suka Kakak Dikenen Dengan Sharnaaz?

Susulan pelbagai isu muncul, Shila dilihat ada menulis panjang di Instagram mengenai keadaannya serta berharap agar diberi ruang.

Menurut Shila, dia tiada masalah dengan gosip yang timbul apatah lagi sudah lama berada dalam industri namun dia minta agar diberi sedikit ruang memandangkan dia baru sahaja bercerai.

Kata Shila lagi, dia kini sedang menikmati momen indah selepas menjuarai AJL bersama SOG baru-baru ini.

“Sha okay je tau..Tapi if kalian okay with me , please bagi sha ruang. Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi. This is the first time I get to , focus on me. Seumur hidup memang I always give myself away to people. Sha sedang menikmati #AJL36 , in sha Allah akan ada lebih lagi,” tulisnya.

Jelas Shila lagi, dia mengakui masih belum sembuh dan keutamaannya kini adalah untuk anak tunggalnya, Seth Uwais.

Dalam entri tersebut, Shila turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya.