Satu lagi acara untuk memenuhi kalendar bulan Mei 2012 anda. Hadirkan diri ke showcase khas penyanyi yang cantik & berasal dari London, England — Pixie Lott.

Bukan kunjungan pertama Pixie Lott ke Malaysia, namun kali ini tujuan kedatangan penyanyi yang popular suatu masa dahulu dengan lagu Mama Do adalah untuk mempromosikan album.


Sekitar tahun lalu, Pixie Lott tampil dengan album terbaru beliau berjudul Young Foolish Happy yang kini sudah menjengah pasaran Asia dengan pakej khas Asian Deluxe.

Menariknya, showcase yang bakal berlangsung di KL Live ini tidak memerlukan anda membeli tiket tetapi hanya perlu membeli Young Foolish Happy Asian Deluxe untuk membolehkan anda menerima satu tiket.

Keesokkan hari’nya, Pixie Lott akan hadir ke Rock Corner, The Curve Mutiara Damansara untuk sessi bertemu peminat & autograf khas untuk album terbaru. 

Pixie Lott Young Foolish Happy Tour (Live In Malaysia)
Tarikh: 26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam | Lokasi: KL Live, Life Centre
Tiket: Beli album terbaru Pixie Lott berjudul Young Foolish Happy (Asian Deluxe) pada harga RM45.90 bermula 30 April 2012 & anda akan terima SATU tiket ke showcase.
Sessi Autograf: 27 Mei 2012 (Ahad), 2.00 Petang @ Rock Corner, The Curve