fbpx

Pinjamkan Hatiku Buat Penonton Bengkak Mata Menangis

Terkesan dengan lakonan yang sungguh berkesan Ayda Jebat dan juga Shaheizy Sam, nampaknya malam gala untuk penonton filem Pinjamkan Hatiku mendapat reaksi yang sungguh positif. Memang berguna sungguh tisu yang diberikan untuk kesat air mata sebelum filem ditayangkan.

Malah review positif mengenai filem tersebut sudah mula tersebar di laman sosial dan ada yang menyatakan bahawa mereka sampai bengkak-bengkak mata. Betul-betul menghayati jalan cerita nampaknya.

Filem Pinjamkan Hatiku ini mengisahkan tentang pergolakan cinta tiga segi. Jika sebut cinta tiga segi, pastinya akan ada seorang insan yang akan terseksa jiwa dan raganya.

Jalan cerita ringkas namun dekat dengan hati penonton membuatkan filem ini berkebolehan menyentuh perasaan selain turut dikuatkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan Ayda Jebat sendiri serta sebuah lagu nyanyian Hafiz Suip.

Berikut kami kongsikan beberapa reaksi positif penonton yang sudah pun menonton filem ini di malam gala yang berlangsung semalam. Jika ada gemarkan kisah cinta meruntun jiwa, inilah filem yang anda wajib tonton.

Jadi, jangan lupa saksikan Filem Pinjamkan Hatiku yang bakal berada di pawagam berdekatan anda pada 30 November ini. Sebelum itu, layan dulu beberapa gambar selebriti sepanjang majlis malam gala berlangsung.