fbpx

PING: Karya Tempatan Di Mata Dunia

Mulai minggu ini, Rotikaya dengan kerjasama TVi (saluran Astro 180) akan membawakan highlight daripada episod terbaru PING! yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat.

Ini sebagai salah satu usaha kami untuk memberikan bahan tontonan ilmiah untuk anda tetapi masih tidak jauh daripada topik  seputar dunia hiburan Malaysia hari ini.

Dan untuk minggu ini, PING! kini sudah pun masuk episod ke 9. Kali ini para tetamu jemputan akan membincangkan persoalan berkisar ‘Karya Tempatan Di Mata Dunia‘.

Tetamu jemputan PING! untuk minggu ini adalah Narawi yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Tuku’ Kame yang popular di Sarawak juga Mark Justin (gambar).

Selain itu, mereka berdua juga di’temani oleh Clement yang merupakan pensyarah UiTM dan penyanyi Azharina Azhar.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti PING! malam ini (6 Julai 2012) yang akan bermula 10.00 malam di TVi saluran Astro 180.