Tanpa angin dan khabar berita pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre telah selamat ditunangkan bersama gadis pilihan yang berasal dari Johor yang dikenali sebagai Nurhidayah.

Sama cantik sama padan, majlis berjalan lancar dengan kehadiran ibu kepada Pierre iaitu Khatijah Tan yang tampak begitu gembira bakal menerima menantu tidak lama lagi.


Team Rotikaya doakan agar ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan majlis pernikahan hendaknya.