Tiada ribut tiada angin dengan tiba-tiba pelakon yang sedang struggle untuk kembali popular, Pierre Andre mengaku yang kini beliau sedang bercinta.


Bukan calang-calang kekasih hati beliau, seorang yang bergelar dari kalangan kerabat diraja Terengganu.

Menurut Pierre Andre, hubungannya dengan wanita berusia 23 tahun itu terjalin sejak dua tahun lalu tetapi menjadi semakin rapat sejak setahun lepas.

Gadis bertuah itu menurut Pierre Andre adalah seorang kakitangan bank & hanya mengetahui gadis tersebut merupakan kerabat diraja Terengganu hanya selepas setahun berkenalan.



Sumber: mStar Online