Macam yang anda dah tahu, BPN ni adalah salah satu inisiatif untuk melegakan bebanan kewangan anda dan terdiri daripada 2 fasa iaitu BPN 1.0 yang diumumkan pada Mac 2020, dan BPN 2.0 yang diumumkan pada September 2020.
Kami pasti ramai yang dah pun gunakan duit yang anda dapat selepas diberikan pada hujung Oktober lepas kan? Kita nantikan pulak pada Januari 2021 ni untuk ansuran kedua yer.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah tambahan bantuan kewangan dalam pakej ‘KITA PRIHATIN’. BPN bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Covid-19 yang entah sampai bila lah nak berakhir wabak yang boleh membunuh ni.
Ia boleh dianggap sebagai pelampung sementara untuk membantu rakyat bangkit semula. Ye lah walaupun perlahan, tetapi pasti!
Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:
Pertama RM1000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 Bujang
Ketiga RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
Keempat RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 Bujang
Anda Buat Ape Jer Dengan Duit BPN Ni?
Kami ada jugaklah tanya pendapat beberapa orang yang dapat bantuan BPN 2.0 ini. Ada beza juga antara orang bujang dengan yang dah ada keluarga ni. Lain cara berbelanjanya…
“Saya simpan duit bantuan yang dapat tu. Yelah sebab sekarang ni kan wabak pandemik, takut jugak apa-apa berlaku kedepan ni. Kerjaya kita pun belum tentu terjamin disebabkan wabak ni,” kata Nor’ain yang bekerja di firma guaman.
Betul jugak apa yang dicakapkan Nor’ain ni sebabnya orang bujang ni lebih ke arah menyimpan sebab mereka ni tak ada keluarga untuk ditanggung. Tapi beza pulak dengan yang dah berluarga. Mereka lebih memikirkan belanja dapur, untuk anak-anak makan. Dengan bantuan yang diberi kerajaan, at least dapat tampung untuk beli barang dapur.
“Sejak COVID-19 ni, kerja banyak terganggu, gaji pun dapat gaji pokok saja, nak buat kerja lebih masa pun tak boleh, elaun pun kena cut. Jadi memang gaji pun cukup-cukup makan. Tapi bila kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan BPN 2.0, saya bersyukur sangat-sangat sebab dapat bantu beli barang dapur. Boleh topup nak beli stok susu anak pampers anak siap-siap,” jelas Ridzuan yang dah berkeluarga.
Lain orang lain cara berbelanjanya. Tapi yang paling penting, ramai yang bersyukur bila BPN fasa 2 ini diwujudkan semula. Nak tak nak, anda kena bijak berbelanja agar duit bantuan digunakan dengan bijak. Hah! Anda boleh follow kat bawah ni beberapa senarai yang kami nak bagi kat anda.
Petua Untuk Belanjakan Wang BPN 2.0 Anda Dengan Bijak
Kadang-kadang bila dah dapat duit, tangan terketar-ketar mula fikir nak beli benda yang tak kena mengena kan? Jangan risau, kalau anda tak pasti apa cara terbaik untuk anda gunakan duit tersebut, boleh usha-usha senarai yang kami sediakan ni:
1) Bayar Hutang atau Bil Tertunggak
Hati mesti tak tenang kalau ada hutang atau bayaran tertunggak macam sewa rumah, bil elektrik, bil air dan sebagainya. Mula lah gelisah tak tentu arah. Jangan sampai kena potong bekalan elektrik atau dapat notis keluar rumah sudahlah. Bukan senang nak cari rumah di saat genting macam sekarang ni, kan?
Jadi, bila dah dapat duit BPN tu, anda bolehlah cuba untuk langsaikan dulu hutang yang ada supaya tak perlu pening-pening lagi fikir macam mana nak kumpul atau cari duit.
Mungkin ni peluang terbaik untuk anda melangsaikan hutang yang ada supaya tak membebankan anda lagi selepas ni.
2) Buat Simpanan Kecemasan
Mungkin kalau nak simpan semua tu rasa sedikit berat hati kan? Apa kata anda simpan separuh daripada duit BPN tu. ye lah duit BPN kan dibayar untuk tempoh dua kali, simpan dulu separuh untuk yang bayaran pertama, dan simpan lagi separuh bila dapat yang bayaran kedua.
Sekiranya anda dah gunakan semua dari bayaran pertama, eloklah bayaran kedua disimpan untuk kecemasan. Simpanan ni penting sangat, sebab kita tak tahu apa yang akan jadi dalam keadaan yang tak menentu ni.
Bila ada duit ni, bolehlah anda gunakan bila keadaan dah terdesak, tapi pastikan yang anda guna untuk masa kecemasan saja ya.
3) Menabung Untuk Tampung Kos Sara Hidup
Logik ke nak menabung untuk kos sara hidup? Yup! Logik kalau anda tahu cara menabungnya. Kurang-kurang simpanlah untuk tanggung kos sara hidup selama 6 bulan.
Kalau ada duit lebih, simpan untuk tempoh lagi lama lagi bagus, sebab anda tak tahu jika anda berisiko untuk hilang punca pendapatan pada masa akan datang. Mintak simpang lah kan, tapi tu lah kita tak tahu apa nak berlaku di masa depan nanti.
Jadi, pada anda yang masih ada gaji bulanan, mulalah menabung supaya dapat menyimpan sekurang-kurangnya 3 bulan kos sara hidup.
4) Buat Modal Berniaga
Sejak ramai yang hilang kerja, ramai jer dah mulakan bisnes. dan yang tak hilang kerja pun dah mula buat dua kerja. Jadi ejen ke, dropship mana-mana produk pun dah kira Alhamdulilah. Paling tidak ada jugak duit tepi.
Bagi yang ingin memulakan perniagaan tapi tak ada modal, duit BPN ni lah yang boleh membantu anda di saat ini. Kalau anda dah tahu nak berniaga apa, boleh terus cari barang-barang yang diperlukan untuk mula secepat mungkin.
5) Beli Barang Keperluan Penting Sahaja
Jangan membazir! Ini jer pesanan kami buat anda pada saat genting macam ni. Beringat lah selalu. Beli barang yang penting sahaja okay!
Lihat sekeliling rumah anda dan tengok apa yang sangat diperlukan buat masa ni. Mungkin ada barang keperluan yang belum dapat anda beli sebab tak cukup duit atau tak sempat menyimpan. Usha dulu harga sebelum membeli adakah berbaloi ke tidak.
Terdesak macam mana pun, tak ada duit macam mana pun, pastikan perut anda sentiasa terisi dengan makanan. Perdana Menteri kita pun ada memberi saranan untuk pastikan ada makanan di atas meja. Bukan sahaja untuk anda, tapi seisi keluarga.
Kami harap apa yang kami senaraikan ini dapat bantu anda. Pastikan anda sentiasa jaga diri sebab kita masih lagi belum menang! Amalkan penjarakkan sosial dan berdoa agar wabak pandemik ni lesap terus dari dunia ni. Yang paling penting gunakan duit BPN dengan sebaiknya yer. Mudah-mudahan dapat membantu anda! Stay safe semua!