fbpx

Pet Sematary: Ngeri dan Penuh Kejutan!

Bakal menghantui anda dengan dunia seram dan ngeri, Pet Sematary (2019) sekali lagi menemui penonton dengan kisah yang lebih tragis.

Filem arahan Kevin Kölsch dan Dennis Widmyer ini merupakan adaptasi daripada novel Stephen King yang bakal mengeggarkan pawagam berdekatan anda bermula 4 April ini.

Dibarisi pelakon terkenal Jason Clarke, Amy Seimetz, Jeté Laurence, Hugo & Lucas Lavoie dan John Lithgow ini mengisahkan mengenai seorang doktor bernama Louis Creed lakonan Jason Clarke yang membawa keluarganya pindah dari Boston ke sebuah pekan kecil di Maine.

Rumah yang terletak di pinggir hutan itu berdekatan dengan kubur haiwan yang selama ini menjadi kepercayaan penduduk kampung itu mengenai beberapa perkara tragis yang berlaku.

Sehinggakan penduduk di kawasan tersebut terpaksa berpindah dan hidup berjauhan dari kawasan tersebut.

Kemuncak cerita bermula apabila kucing kesayangan Louis Creed dan isterinya Rachel (Amy Seimetz) terlibat dalam kemalangan yang berlaku di hadapan rumahnya dan kemudian mereka tempatkan kucing tersebut di perkuburan haiwan yang berdekatan rumah mereka itu.

Paling menyedihkan anak perempuan Louis Creed turut menjadi mangsa dan meninggal seperti mana kucing kesayangannya.

Persoalannya apa yang terjadi kepada kucing peliharan mereka sehingga merangut nyawa anak perempuan Louis Creed? dan ada apa dengan kawasan perkuburan haiwan yang berdekatan rumah mereka itu? Bagaimana kehidupan mereka selepas kematian anak perempuan mereka?

Semuanya bakal terjawab dalam Pet Sematary 2019 pada 4 April ini. Yang mudah terkejut sediakan kain untuk gigit supaya tak terganggu orang lain untuk menonton.

Nah kami belanja anda sedikit trailer Pet Sematary. Selamat menonton!