Baru-baru ini, viral di media sosial tentang kecantikan anak gadis Abby Abadi dan Norman Hakim. Mirip wajah ibunya, Marissa Dania yang kini berusia 13 tahun membuatkan ramai lelaki jatuh hati.

Norman Hakim turut kongsikan di Instagram, bahawa dia menerima banyak mesej dari lelaki di luar sana yang ingin menjadi ‘imam’ kepada Marissa.


Namun, Norman menjelaskan anak daranya masih muda dan jauh perjalanan lagi.

Ada yang mesej untuk merisik anak dara Norman

“Nak bagi tahu anak dara saya ni umur InshaaAllah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi.Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan.”



“Kepada majoriti yang ber’niat’ untuk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yang saya baca, Alhamdulillah untuk nawaitu yang suci & ikhlas. Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhwah & silaturahim sesama kita.

Utamakan Allah & Ibu Bapa baru ‘dirikan masjid’

“Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’.Letakkan tanggungjawab pertama of course kepada Allah s.w.t. Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibubapa kita. Lepas tu baru fikir untuk ‘mendirikan masjid’.

Tambah Norman, nasihatnya itu berdasarkan pengalamannya sendiri. Katanya lagi, dia sendiri masih lagi belajar seni untuk bermasjid walaupun sudah mempunyai 6 orang anak.

Sumber: Instagram Norman Hakim