Tiada angin tiada ribut hangat diperkatakan apabila tular video mengenai penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari apabila menampakkan perutnya agak buncit.

Menerusi video yang dimuat naik Suaradotcom, Bunga atau lebih dikenali sebagai BCL dilihat mengenakan baju Tshirt putih pendek dipadankan dengan seluar ‘legging’ mencetuskan spekulasi ramai.


BACA: PM Umum i-Citra, Nama BCL Pula Trending Di Media Sosial

@suaradotcom

Diduga Hamil, Perut BCL Jadi Perhatian Warganet hingga Seret Nama Ariel Noah #BCL #ArielNoah #Entertainment

? suara asli – Suaradotcom – Suaradotcom

Difahamkan, video tersebut dirakam ketika BCL sedang menjalani sesi latihan sebuah konsert yang berlangsung di Medan, Sumatera.

Video tersebut menjadi bualan ramai apatah lagi netizen mengetahui penyanyi itu seorang yang aktif melakukan senaman.


Diruangan komen video tersebut, ada yang memetik nama penyanyi Ariel NOAH serta mendakwa BCL hamil anak penyanyi itu memandangkan mereka berdua sangat rapat. Dalam pada itu, ada yang berharap mereka berdua sudah berkahwin sekiranya dakwaan itu benar.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan perut BCL buncit mungkin kerana baru sudah makan dan ianya biasa buat mereka yang sudah mempunyai cahaya mata.