Pertama Kali Mengaji Di TV, Netizen Terpesona Dengan Suara Zizi Kirana
Mula tampil dengan imej sopan dan kini sedang mengambil masa untuk memadam foto seksi di Instagram, ramai yang menyambut baik azam penyanyi Zizi Kirana yang mahu berubah ke arah lebih baik.
Baru-baru ini, perkongsian Zizi di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila video itu memaparkan dirinya sedang membaca Al-Quran dengan lancar sekali.
BACA: Perlu Masa Padam Foto Seksi, Zizi Kirana Minta Netizen Sabar
@kir4n4 Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut ? InsyaAllah saya akan terus belajar lagi ?? #RahsiaRamadhan
Meskipun pertama kali mengaji di kaca televisyen, bagaimanapun penyanyi itu dilihat langsung tidak kekok dan ramai yang terpesona dengan kemerduan suara Zizi bertaranum.
Difahamkan, Zizi bakal muncul menerusi sebuah program Rahsia Ramadhan yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti.
Diruangan komen rata-rata netizen memuji Zizi yang bukan sahaja boleh menyanyi malah boleh mengaji. Tampil manis berjubah dan bertudung serba putih, netizen turut mendoakan agar Zizi agar terus istiqamah untuk bertudung selepas ini.
- SUMBER
- Ohmymedia
Allahuakbar.. Sedap suara zizi mengaji.. Bila Allah nak bagi hidayah,sekelip mata je..
sedap mendayu bacaan nya
Sedapnye zizi mengaji.. elok la zizi nak berubah.. alhamdulillah.. berubah sungguh2.. jgn sekerat jln.. happy for her.. saya bkn peminat zizi but still i am.happy for her..
Zizi i betul2 love you.
Sejuk hati saya mendengar cik Zizi mengaji. Bolehlah kita bersama membacakan tahlil arwah setiap malam Jumaat. Maklumlah, hanya itu sahaja yang mampu kita sedekahkan pada arwah terdahulu. Nak dirikan wakaf pusat Tahfiz @ masjid tak termampu. Semoga kita menjadi sahabat dunia dan syurga.
Syukur Alhamdulillah … Sedap Zizi mengaji … sama mcm Mas Idayu juga .. pernah dgr dia mengaji kat dlm satu drama
Rasanya penah baca tenting zizi pernah mengajar budak2 mengaji dulu kat kampung dia. So tak heranlah dia mmg pandai mengaji
Dewi Persik pun ngaji champion….
aku dh ckp awal2, dia luaran je seksi, sebenarnya ustazah..
dengan suara serak serak dan boleh tarik panjang…doakan lah dia akan menuju ke arah islam yang sebenar..