fbpx

Pertama Kali Main Skateboard, Ramai Risau Elizabeth Tan Jatuh

Sebut sahaja nama Elizabeth Tan, pasti ramau tahu penyanyi dan pelakon ini sememangnya menjadi pujaan ramai lelaki. Mana tidaknya, mempunyai rupa paras menawan dan tinggi lampai sudah tentu mencairkan lelaki.

Malah, apa sahaja perkongsiannya di media sosial pasti akan dibanjiri dengan komen nakal para peminat. Baru-baru ini, penyanyi mesra di sapa Lizzy itu ada memuat naik video meluncur ‘skateboard’ buat kali pertama.

BACA: Elizabeth Tan Pakai Gaun Pengantin Buat Ramai Lelaki Kecewa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Sedang seronok menunjukkan ‘skill’ meluncur, tiba-tiba Lizzy dilihat jatuh terduduk di atas lantai. Menerusi entri itu, Lizzy turut berkata jangan gelakkannya kerana dia baru belajar.

Diruangan komen, rata-rata netizen terutama kaum lelaki meluahkan kebimbangan apabila melihat Lizzy jatuh. Namun ada yang memuji Lizzy tetap menawan walaupun jatuh.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berharap Lizzy tidak kahwin secara mengejut seperti pelakon Hannah Delisha yang sudah pun bernikah semalam kerana mereka akan kecewa.

Terdahulu, Elizabeth mengejutkan ramai apabila memuat naik video memakai busana pengantin berwarna putih seolah berada di majlis perkahwinan.

Ramai yang kecewa dan terkejut melihat perkongsian berkenaan dan tertanya adakah benar Elizabeth akan berkahwin, namun penyanyi itu menjelaskan itu adalah untuk muzik video lagu terbarunya.