fbpx

Persembahan Kurang Bermaya, Siti Nordiana Tak Sihat Ke?

Persembahan penyanyi Siti Nordiana yang menyanyikan lagu Angkara di Anugerah Juara Lagu 36 semalam mengundang tanda tanya ramai pihak kerana dilihat agak kurang bermaya.

Melihatkan persembahan Siti Nordiana itu, rata-rata netizen meluahkan rasa hairan serta bersimpati dengan penyanyi itu.

BACA: Difitnah Lima Sekawan, Siti Nordiana Hilang Followers IG, Job Dibatalkan

Malah, penyanyi Azmeer Arif juga turut meluahkan rasa hairan dengan persembahan Siti Nordiana seolah kurang bertenaga.

“Awat (kenapa) Nana menyanyi macam tak bertenaga. Tak macam biasa dia nyanyi, ak sihat ke?,” tulisnya.

Nama Siti Nordiana bukanlah asing dengan pertandingan itu. Tahun lalu, Nana berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM 34) menerusi lalu Hatiku Milikmu dan turut berduet dengan Khai Bahar menerusi lagu Satukan Rasa.