fbpx

Persatuan Jangan Terlalu Hipokrit Dalam Bela Nasib Artis – Abu Bakar Omar

Kisah Anugerah Skrin 2012 sudah tamat anda kata? Belum bagi kami yang terpaksa berhadapan dengan cuti panjang selepas majlis berlangsung. Ini kisah Abu Bakar Omar.

Pelakon penuh versatil Abu Bakar Omar memenangi anugerah Pelakon Drama Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap dan bersahaja beliau dalam telefilem Gincu Ayah.

Peluang bertemu media di’gunakan beliau sebaik mungkin untuk menyuarakan keprihatinan beliau tentang nasib karyawan tempatan dalam industri hiburan Malaysia hari ini.

“Kerajaan memang membantu dengan pelbagai insentif tetapi ia’nya lebih kepada membantu penerbit daripada karyawan itu sendiri,” ujar Abu Bakar Omar yang di’temui selepas majlis.

Memberikan komen tentang fungsi persatuan artis yang pelbagai kini, Abu Bakar Omar berkata mereka tidak pelu terlalu hipokrit dalam membantu nasib karyawan tempatan & berlagak seperti pejuang tetapi masih mementingkan diri sendiri. Ikuti luahan hati Abu Bakar Omar dalam video di’bawah.