fbpx

“Pernikahan Pertama Saya Dalam Gudang Beras”

Siapa sangka gudang beras menjadi saksi pernikahan Rita Rudaini dan bekas suami yang didedahkan secara eksklusif di dalam buku, Kerana Aku Seorang Perempuan yang menceritakan perjalanan kehidupan pelakon itu.

BACA: Rita Rudaini Faham Kesedihan Intan Liana

“Foto itu saya simpan baik-baik dalam sebuah cakera padat agar tidak tersebar, kini sampai masanya saya kongsi dengan orang yang nak tahu bagaimana perjalanan hidup saya. Kami bernikah di sebuah gudang beras kerana ketika itu imam tersebut rumahnya di atas gudang itu”

“Dia beri pilihan untuk bernikah di masjid tapi takut ada orang yang kenal. Kisah ini dari mula sampai akhir sangat berat saya tanggung. Saya tahu ada orang lain yang berhadapan dengan kehidupan yang lebih teruk daripada saya”

Jelas Rita, segala luahan dan keperitan kehidupan yang selama ini hanya diketahui beliau terkandung dalam buku tersebut, tanpa berselindung walau sedikit pun. Bagi Rita, tindakannya bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, tapi hanya memberi kekuatan kepada wanita diluar sana.

“Kalau saya jujur orang marah dan kata saya raih simpati, saya tidak raih simpati sesiapa pun. Cuma saya kongsi rasa susah sangat bila ditinggalkan bertiga. Saya rasa sebelah sayap saya patah,” jelasnya.

Lain orang lain kisahnya dan dugaannya, mungkin inilah dugaan yang terpaksa Rita lalui untuk menjadi dirinya hari ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih! (rtky/w)