fbpx

Menerusi satu perkongsian di Instagram, isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis berkongsikan kisahnya ketika bergelar ibu tunggal sebelum ini.

Lebih mesra disapa sebagai Elis, wanita itu berkata sebelum ini dia berdepan pengalaman pahit apabila bercerai dan perlu berdepan dengan pandangan serong orang ramai sebagai janda.

BACA: Ditanya Soal Anak, Isteri Caprice Kata Tunggu Setahun Dua Lagi

“Elis pasti smua yang pernah merasai perpisahan/bercerai memang pengalaman paling pahit untuk di telan. Ibarat jatuh ke lubang yang paling dalam dan gelap, hilang segala hala tuju, terasa dunia gelap gelita serta merta. Paling sedih bila ‘janda’ selalu dipandang serong oleh sesetengah pihak,” katanya.

Lebih perit ketika itu dia tidak mampu untuk membeli lampin dan susu anak sehingga terpaksa berkorban memberi hak penjagaan anak kepada bekas suaminya.

Terkenang kembali ketika itu Elis berkata dia pergi kerja menaiki motosikal kerana tidak mampu untuk membayar minyak kereta untuk kegunaan harian.

“Elis start dari zero, pernah hanya ada duit RM15 dalam purse dan pergi mamak untuk beli nasi goreng (makan half petang , half malam ) untuk survived.

“Diri ni rasa useless gila, tak boleh beli mainan untuk anak dan Elis terpaksa berkorban untuk beri hak jagaan anak pada bekas suami demi kebaikan dia. Sebab Elis tak mampu untuk beli pampers n susu adik time tu. Pergi kerja naik moto, sebab memang tak boleh nak afford minyak kereta,” tulisnya.

Bagaimanapun, Elis berkata dia tidak pernah berputus asa untuk terus bangkit berjuang mencari rezeki dan melakukan pelbagai kerja demi anaknya.

Dalam pada itu, Elis turut memberikan kata-kata semangat buat mereka yang sedang melalui fasa hidup yang sama untuk terus kuat dan berjuang.