fbpx

Ditanya Soal Anak, Isteri Caprice Kata Tunggu Setahun Dua Lagi

Baru 10 hari mendirikan rumah tangga, ada sahaja kisah mengenai penyanyi rap, Caprice. Sama seperti pasangan lain, Caprice dan isteri, Farra Inalis tidak terlepas dengan soal cahaya mata.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Farra ditanya menjawab persoalan netizen perancangan mereka berdua untuk menimang cahaya mata.

BACA: Baru 5 Hari Kahwin, Caprice Sedih Lihat Isteri Menangis Anak Dikecam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Perfume Mafia ?? (@signbycap)

Sering menerima pertanyaan mengenai perkara itu, Caprice berkata perlu tanya isterinya. Tenang menjawab soalan tersebut,Farra berkata mungkin satu atau dua tahun lagi untuk menimang cahaya mata lagi.

“Ini antara soalan paling banyak saya terima dan jika nak tahu, tanyalah pada Elis,” katanya.

“Mungkin setahun atau dua tahun lagi,” jawab Farra.

Apa yang pasti ramai tak sabar nak tengok Caprice Junior. Sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini.