Pernah Membesar Dalam Keluarga B40, Eizlan Yusof Faham Kesusahan Hidup Rakyat
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof juga merupakan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Sabak Bernam mendedahkan dia memahami kesusahan rakyat memandangkan dia juga membesar dalam keluarga serba kekurangan.
Memetik mStar Online, Eizlan berkata dia pernah duduk di rumah serba kekurangan berbumbungkan atap bocor dan ketika itu dia hanya mempunyai sepasang seluar sekolah yang dipakai dari tingkatan satu sehingga tamat sekolah.
BACA: Eizlan Yusof Baik Dengan Bekas Isteri, Tak Mahu Kasih Sayang Anak-Anak Terjejas
View this post on Instagram
“Saya berasal dari keluarga B40, jadi saya faham keperitan hidup dan kita boleh duduk bersembang dengan saya. Saya bersyukur sebab Allah buka banyak pintu sehinggalah ke hari ini menjadi calon Parlimen di Sabak Bernam,” katanya.
Dalam pada itu, Eizlan meluahkan rasa syukur di atas rezeki diterimanya hari ini serta mejadi penguat untuk dia terus berjuang membantu golongan yang memerlukan.
Dilantik sebagai Pengerusi Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri tahun lalu, Eizlan berkata rakannya Dr Ahmad Idham memberitahu dia individu paling layak.
“Ahmad Idham kata saya paling layak sebab jiwa saya ’tisu’, saya memang ada masalah apabila berdepan dengan orang yang berada dalam kesusahan.
“Sekiranya diberi mandat di Parlimen Sabak Bernam, saya memberi jaminan untuk menyelesaikan beberapa isu,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Syabas Eizlan! Teruskan perjuangan sebagai seorang wakil rakyat yg bijak & bertanggunjawab menyelesaikan masalah & membangunkan rakyat & negara!
Baru putih mata bekas @ janda ko tu! Sekarang nie bukan main nak overtake Datin Seri masa berkempen. Orang2 tempat berkempen pun TAK KENAL dia @ menyampah dengan perangai hati busuk + munafik dia! Orang2 KB hanya kenal, suka, menghormati & menyanjungi Datin Seri & BUKAN Vie si PENYOLDOL!
Bila Vie Shanti @ PENYONDOL tak sedar diri & bertindak memalukan diri!