fbpx

Pelakon Hairul Azreen berkongsikan dia pernah berdepan kejadian memalukan apabila ditolak oleh seorang artis lelaki ketika mengajaknya untuk bergambar.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, mendedahkan perkara itu ketika dijemput menjadi tetamu Sembang Studio bersama pelakon Amelia Henderson, Hairul berkata kejadian itu sebelum dia bergelar selebriti.

BACA: Hairul Azreen Tarik Diri, Netizen Kata Tanda Kifarah Buat Syamsul Yusof?

Menurut Hairul, pada awalnya gambar yang diambil bersama artis berkenaan tidak jelas dan meminta izin untuk mengambil sekali lagi namun permintaan itu ditolak.

“Ada seorang artis ini, masa itu saya pakai telefon 6600 (Nokia). Saya cakap dengan dia nak begambar… Telefon itu pula jenis kalau ambil foto kena tunggu tiga saat.

“Individu yang tolong ambil gambar kami pun tak peka dan rakam terlalu cepat sampai gambar kami jadi blur. Jadi saya minta izin pada artis itu untuk mengambil sekali lagi gambar kami… Dia tolak saya,” katanya.

Tambah Hairul, dia mengakui kecewa permintaannya itu ditolak serta berazam tidak akan bettindak sedemikian jika dia bergelar artis.

“Ini cerita betul… Dia tolak saya dan hati saya hancur kerana idola saya berkelakuan seperti itu. Saya terus berniat, kalau saya jadi artis, saya tidak akan pernah menolak permintaan peminat,” katanya.

Dalam pada itu, Hairul enggan menyebut identiti artis lelaki berkenaan serta mengatakan mungkin artis tersebut tidak ingat dengan insiden memalukan itu.

“Dia tak tahu yang saya ingat sampai sekarang dan saya pun tak pernah bercakap dengan dia (tentang insiden itu)… Sampai hari ini pun saya tak sebut nama dia.

“Tapi apabila bertemu dan saya tengok dia, tidaklah saya beritahu dia pernah tolak saya… Tapi sekarang dia yang tegur saya,” katanya.